<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5911996?origin\x3dhttp://kaskhat76.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>

Sunday, January 21, 2007


been up to my ears with school work and family matters... but nevertheless ... it has been going smoothly ...

tirelessly, without fail...I will catch up on news via the net, the online papers and so on...

My eyes set upon this article that appeared on Cyberita on 21 January 2007...

The article goes like this...

BARAT MASIH BERLAGAK 'BIG BROTHER'?
Oleh Rahmad Sakom

KETIKA kita di sini menarik nafas lega membaca langkah positif hilangkan diskriminasi dalam memilih pekerja, Britain pula kecoh gara-gara 'Big Brother'.

Awal minggu ini, syarikat Singapore Press Holdings (SPH) mengumumkan bahawa iklan pekerjaan yang bersifat diskriminasi 'tidak akan dilayan'.

Cakap mudahnya, iklan-iklan pekerjaan tidak perlu bubuh kriteria usia, bangsa, jantina, bahasa dan status rumah tangga.

Jika ia memerlukan kriteria tertentu, tulis saja dengan jelas.

Memang ia perubahan yang dialu-alukan. Diskriminasi dalam apa bentuk perlu dielakkan.

Walaupun garis pandu iklan itu berbeza daripada siri Reality Show Celebrity Big Brother di Channel 4 di Britain, kedua-duanya melibatkan diskriminasi.

Isu 'pilih warna kulit' bukan fenomena baru di Britain dan Eropah. Ia lumrah berlaku dalam kehidupan harian yang menjejas persekolahan, pekerjaan dan juga tempat tinggal.

Tetapi bezanya, Big Brother ialah rancangan TV yang ditonton jutaan orang di Britain. Ia tidak berlaku dalam senyap-senyap atau tersorok daripada mata ramai.

Pelakon jelita Bollywood, Shilpa Shetty, 31 tahun, dikatakan didiskriminasi dan dibuli para peserta 'mat salih' se rumah. Mereka panggil Shetty 'anjing', 'that Indian', mempersendakan loghatnya malah bertanya 'betul ke tidak bintang Bollywood itu tinggal di teratak!'

(Big Brother ialah rancangan realiti TV yang 'mengurung' para peserta dalam rumah. Setiap perbualan dan tindak-tanduk mereka dirakam secara sulit dan disiarkan 24 jam di TV. Setiap minggu para penonton akan mengundi keluar seorang peserta hingga tinggal seorang pemenang).

Tanpa diduga, kira-kira 30,000 penonton melenting marah, membantah keras 'serangan berbau perkauman' ke atas Shetty.

Malah Big Brother diseret hingga ke Dewan Rakyat Britain dan mencetuskan reaksi daripada pemerintah India dan tentu sekali Bollywood.

'Shetty dihina' jadi topik utama media di India dan imej Shetty menangis tersiar di TV dan jadi hiasan muka depan akhbar-akhbar.

Dalam sekelip mata, seolah-olah akan tercetus konflik politik antara Britain dengan India gara-gara Big Brother.

Aneh juga, sedang bintang bola sepak Thierry Henry, Rio Ferdinand dan David Beckham berpeluh berkempen hapuskan sikap perkauman di padang England dan Eropah, serangan berbau perkauman di TV boleh 'tergelecek keluar' untuk tontonan umum.

Sudah diduga, ada yang menganggap perlakuan itu mencerminkan sikap sebenar Barat terhadap penduduk Asia. Inilah realitinya, kata mereka.

'Apa yang berlaku dalam Big Brother adalah cerminan masyarakat Barat,' kata pembuat filem Bollywood, Mahesh Bhatt, kepada agensi Reuters.

'Hal seperti ini benar-benar berlaku, wajah-wajah yang mengamalkan diskriminasi dapat dilihat di mana-mana saja di London atau New York,' tambah beliau.

Pandangan Mahesh Bhatt itu mengingatkan saya kepada rencana Encik Kai-Alexander Schlevogt yang menyentuh isu opera Mozart, Idomeneo, tahun lalu.

Beliau memberikan sebab mengapa Barat tidak serik-serik melukakan hati Muslim. Menurut beliau, ethnocentric colonial mindset adalah dalangnya (pandangan atau sikap yang mempercayai bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan lain).

Big Brother satu lagi paparan jelik bahawa sikap ketuanan penjajah ini masih menebal di Barat.

Tetapi tidak semua limpahan daripada episod Big Brother ini membimbangkan. Puluhan ribu yang membantah kerenah mat salih memaparkan ramai yang tidak bersikap perkauman (ra cist).

Dengar khabar, puluhan ribu bantahan itu adalah yang paling ramai dalam sejarah rancangan TV.

Di Singapura, kita pernah mengalami isu perkauman ini (antaranya, isu blog perkauman dan kes jawatankuasa kondominium Springbloom) tetapi tindakan tegas pemerintah dan bantahan spontan daripada majoriti menenangkan keadaan dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Tidak begitu halnya di Britain. Episod Big Brother di Britain ini tidak membantu hubungan antara kaum di sana.

Ironinya ia berlaku dalam era globalisasi, kononnya di kala dunia tanpa sempadan.

Malangnya, dalam isu bangsa dan agama tembok sempadan kian menebal.

Anehnya, mengapa sikap perkauman hanya berlaku di Eropah atau Amerika sedangkan di Asia jarang didengar 'mat salih' menjadi mangsa?

Jelas, 'ethnocentric colonial mindset' tadi memainkan peranan tetapi kali ini secara songsang.

Di Asia, masih ada yang menganggap golongan kulit putih lebih baik dan lebih berjaya lantas perlu dihormati dan dicontohi (sisa-sisa mentaliti penjajahan?)

Big Brother membuka mata bahawa diskriminasi kaum masih berleluasa di Eropah yang mendabik diri sebagai juara hak asasi.

Isn't it great? Finally, someone who shares my sentiments...the West aren't our masters and we r not at their biddings...Long are the days of colonialism... Asians...stop being humble...walk with your heads up high... We r on the rise...


Those who still treat and thinks that the whites r superiors...let me tell u this...

U R A COMPLETE MORONIC IDIOT!
U R A DISGRACE TO THE BIGGEST CONTINENT OF THE WORLD!





I have said my piece!




Kaskhat Surattee's Facebook profile

*~*DISCLAIMER*~*

This blog is solely mine.
It contains
MY photos, thoughts, hopes, dreams, secrets, and fears.
I write because I want to.
MY
blog, my rants, my property!
You read because you want to.
If you find my property offensive,
then scram!
It's that simple.

*~*CHRONICLES*~*

October 2004
November 2004
December 2004
March 2005
April 2005
May 2005
October 2005
November 2005
December 2005
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
December 2007
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
September 2009

*~*TABLOIDS*~*

Diyanah Farah Khaliesah Iqbal Suffian Azlifah Hamizah Shahidah Athirah Nasir Khamz Hani Saiful Hidir Amirah Y.Ro.Fatima Rini Afiqah Amalina Rahayu Syah
Junior Angels...always in my heart
Leadership Camp 06
My Pride and Joy...The Dk Boyz
My Family's Escapade
My Son Till I Get One
Teachers' Day Out
06 Jalan Raya
Phuket Trip 06
My Kidz of 07

*~*UPDATES*~*