|
|
Saturday, January 27, 2007A SERVICE QUALITY RESEARCH
Sunday, January 21, 2007been up to my ears with school work and family matters... but nevertheless ... it has been going smoothly ...
tirelessly, without fail...I will catch up on news via the net, the online papers and so on... My eyes set upon this article that appeared on Cyberita on 21 January 2007... The article goes like this... BARAT MASIH BERLAGAK 'BIG BROTHER'? Oleh Rahmad Sakom KETIKA kita di sini menarik nafas lega membaca langkah positif hilangkan diskriminasi dalam memilih pekerja, Britain pula kecoh gara-gara 'Big Brother'. Awal minggu ini, syarikat Singapore Press Holdings (SPH) mengumumkan bahawa iklan pekerjaan yang bersifat diskriminasi 'tidak akan dilayan'. Cakap mudahnya, iklan-iklan pekerjaan tidak perlu bubuh kriteria usia, bangsa, jantina, bahasa dan status rumah tangga. Jika ia memerlukan kriteria tertentu, tulis saja dengan jelas. Memang ia perubahan yang dialu-alukan. Diskriminasi dalam apa bentuk perlu dielakkan. Walaupun garis pandu iklan itu berbeza daripada siri Reality Show Celebrity Big Brother di Channel 4 di Britain, kedua-duanya melibatkan diskriminasi. Isu 'pilih warna kulit' bukan fenomena baru di Britain dan Eropah. Ia lumrah berlaku dalam kehidupan harian yang menjejas persekolahan, pekerjaan dan juga tempat tinggal. Tetapi bezanya, Big Brother ialah rancangan TV yang ditonton jutaan orang di Britain. Ia tidak berlaku dalam senyap-senyap atau tersorok daripada mata ramai. Pelakon jelita Bollywood, Shilpa Shetty, 31 tahun, dikatakan didiskriminasi dan dibuli para peserta 'mat salih' se rumah. Mereka panggil Shetty 'anjing', 'that Indian', mempersendakan loghatnya malah bertanya 'betul ke tidak bintang Bollywood itu tinggal di teratak!' (Big Brother ialah rancangan realiti TV yang 'mengurung' para peserta dalam rumah. Setiap perbualan dan tindak-tanduk mereka dirakam secara sulit dan disiarkan 24 jam di TV. Setiap minggu para penonton akan mengundi keluar seorang peserta hingga tinggal seorang pemenang). Tanpa diduga, kira-kira 30,000 penonton melenting marah, membantah keras 'serangan berbau perkauman' ke atas Shetty. Malah Big Brother diseret hingga ke Dewan Rakyat Britain dan mencetuskan reaksi daripada pemerintah India dan tentu sekali Bollywood. 'Shetty dihina' jadi topik utama media di India dan imej Shetty menangis tersiar di TV dan jadi hiasan muka depan akhbar-akhbar. Dalam sekelip mata, seolah-olah akan tercetus konflik politik antara Britain dengan India gara-gara Big Brother. Aneh juga, sedang bintang bola sepak Thierry Henry, Rio Ferdinand dan David Beckham berpeluh berkempen hapuskan sikap perkauman di padang England dan Eropah, serangan berbau perkauman di TV boleh 'tergelecek keluar' untuk tontonan umum. Sudah diduga, ada yang menganggap perlakuan itu mencerminkan sikap sebenar Barat terhadap penduduk Asia. Inilah realitinya, kata mereka. 'Apa yang berlaku dalam Big Brother adalah cerminan masyarakat Barat,' kata pembuat filem Bollywood, Mahesh Bhatt, kepada agensi Reuters. 'Hal seperti ini benar-benar berlaku, wajah-wajah yang mengamalkan diskriminasi dapat dilihat di mana-mana saja di London atau New York,' tambah beliau. Pandangan Mahesh Bhatt itu mengingatkan saya kepada rencana Encik Kai-Alexander Schlevogt yang menyentuh isu opera Mozart, Idomeneo, tahun lalu. Beliau memberikan sebab mengapa Barat tidak serik-serik melukakan hati Muslim. Menurut beliau, ethnocentric colonial mindset adalah dalangnya (pandangan atau sikap yang mempercayai bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan lain). Big Brother satu lagi paparan jelik bahawa sikap ketuanan penjajah ini masih menebal di Barat. Tetapi tidak semua limpahan daripada episod Big Brother ini membimbangkan. Puluhan ribu yang membantah kerenah mat salih memaparkan ramai yang tidak bersikap perkauman (ra cist). Dengar khabar, puluhan ribu bantahan itu adalah yang paling ramai dalam sejarah rancangan TV. Di Singapura, kita pernah mengalami isu perkauman ini (antaranya, isu blog perkauman dan kes jawatankuasa kondominium Springbloom) tetapi tindakan tegas pemerintah dan bantahan spontan daripada majoriti menenangkan keadaan dan mengembalikan keyakinan rakyat. Tidak begitu halnya di Britain. Episod Big Brother di Britain ini tidak membantu hubungan antara kaum di sana. Ironinya ia berlaku dalam era globalisasi, kononnya di kala dunia tanpa sempadan. Malangnya, dalam isu bangsa dan agama tembok sempadan kian menebal. Anehnya, mengapa sikap perkauman hanya berlaku di Eropah atau Amerika sedangkan di Asia jarang didengar 'mat salih' menjadi mangsa? Jelas, 'ethnocentric colonial mindset' tadi memainkan peranan tetapi kali ini secara songsang. Di Asia, masih ada yang menganggap golongan kulit putih lebih baik dan lebih berjaya lantas perlu dihormati dan dicontohi (sisa-sisa mentaliti penjajahan?) Big Brother membuka mata bahawa diskriminasi kaum masih berleluasa di Eropah yang mendabik diri sebagai juara hak asasi. Isn't it great? Finally, someone who shares my sentiments...the West aren't our masters and we r not at their biddings...Long are the days of colonialism... Asians...stop being humble...walk with your heads up high... We r on the rise...Those who still treat and thinks that the whites r superiors...let me tell u this... U R A COMPLETE MORONIC IDIOT! U R A DISGRACE TO THE BIGGEST CONTINENT OF THE WORLD! Thursday, January 11, 2007Allow me to present you,
my 2007 Babies... ![]() zany classes indeed... but I am sure looking forward to having you occupying my life for this year.... WELCOME TO CHEGU KASKHAT'S LAIR! Friday, January 05, 2007sch started two days back...it's been ok...I miss teaching the younger ones ...they are so cute...so innocent and raw... I will want to teach the younger ones next year... so cute and so adorable...my P5s are a fun lot... intelligent and funny! My P6s...well have yet to build rapport...
today I realised something.... people in this world GILA KUASA...they have such an insatiable thirst for power... be it in some countries or in the workplace... gila kuasa kan...bolot ah semua...who cares! Everyone wants to claim credit but when it comes to admitting faults...everyone turn their backs...we live in a world where mistakes are not tolerated and unforgiven... cruelty... Saddam was turned into a sacrificial sheep on the eve of Eid-ul-adha... can't they just choose another day? It was supposed to be a day of rej oice and what did they achieve? Blood baths? I don't care what others might think.... Saddam might have massacred many ...or did he? I think like criminals....he deserves the yellow ribbon...I am not saying I am supporting his cause but I think Saddam should be given the immunity just like in all countries where the heads of the countries are bestowed with... For some, Saddam might be one of the most dangerous terrorist but have anyone given a thought ...Saddam is also a husband, a father and a grandfather.... like I mentioned before... he reminds me so much of my Papa and my grandpa...looking at him during his last minutes of his life...brought tears and a sudden rush of sadness in me... I just hope if he was in the wrong....may ALLAH forgive him...he has received his dues in the world by the al-kafiruns...may ALLAH bless his soul!Monday, January 01, 2007 On New Year's eve, all four of us went out in the middle of the night to watch the fireworks...nothing fantabulous...the fireworks' festival was definitely better... however we had a fun time laughing at the stupidity of the drunkards and of course some foreign workers who were ogling at some meenachi...it was hilarious! we didnt chill out coz Najib was so beat...see how cute my hubby and my bro ... they were the bouncers who took care of us...the princesses! hah!
|
*~*DISCLAIMER*~*
It contains MY photos, thoughts, hopes, dreams, secrets, and fears. I write because I want to. MY blog, my rants, my property! You read because you want to. If you find my property offensive, then scram! It's that simple. *~*CHRONICLES*~*
November 2004 December 2004 March 2005 April 2005 May 2005 October 2005 November 2005 December 2005 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 December 2007 February 2008 March 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 September 2009 *~*TABLOIDS*~* Junior Angels...always in my heart Leadership Camp 06 My Pride and Joy...The Dk Boyz My Family's Escapade My Son Till I Get One Teachers' Day Out 06 Jalan Raya Phuket Trip 06 My Kidz of 07 *~*UPDATES*~* |